Friday, December 23, 2011

KEINDAHAN MATEMATIK

Keindahan matematik

1 x 8 + 1 = 9
12 x 8 + 2 = 98
123 x 8 + 3 = 987
1234 x 8 + 4 = 9876
12345 x 8 + 5 = 98765
123456 x 8 + 6 = 987654
1234567 x 8 + 7 = 9876543
12345678 x 8 + 8 = 98765432
123456789 x 8 + 9 = 987654321

1 x 9 + 2 = 11
12 x 9 + 3 = 111
123 x 9 + 4 = 1111
1234 x 9 + 5 = 11111
12345 x 9 + 6 = 111111
123456 x 9 + 7 = 1111111
1234567 x 9 + 8 = 11111111
12345678 x 9 + 9 = 111111111
123456789 x 9 +10= 1111111111

9 x 9 + 7 = 88
98 x 9 + 6 = 888
987 x 9 + 5 = 8888
9876 x 9 + 4 = 88888
98765 x 9 + 3 = 888888
987654 x 9 + 2 = 8888888
9876543 x 9 + 1 = 88888888
98765432 x 9 + 0 = 888888888

Hebatkan?

Dan cuba lihat simetri ini:

1 x 1 = 1
11 x 11 = 121
111 x 111 = 12321
1111 x 1111 = 1234321
11111 x 11111 = 123454321
111111 x 111111 = 12345654321
1111111 x 1111111 = 1234567654321
11111111 x 11111111 = 123456787654321
111111111 x 111111111 = 12345678987654321

Sekarang tengok ini

101% dari sudut pandangan matematik :
Apakah ia sama dengan 100%?
Adakah ia bermaksud LEBIH dari 100%?
Kita selalu mendengar orang berkata dia beri lebih dari 100%?
Kita selalu dalam situasi di mana seseorang mahukan kita BERIKAN SEPENUHNYA 100%
Bagaimana nak MENCAPAI 101%?
Apakah nilai 100% dalam hidup?
Mungkin sedikit formula matematik di bawah boleh membantu mendapatkan jawapannya.

Jika:
ABCDEFGHIJKLMNOPQRSTUVWXYZ

Digambarkan sebagai:

1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17 18 19 20 21 22 23 24 25 26.

KERJA KERAS

11 + 5 + 18 + 10 + 1 + 11 + 5 + 18 + 19 + 1= 99%

H-A-R-D-W-O-R- K

8+1+18+4+23+15+18+11 = 98%

Knowledge

11 +14 +15 +23 + 12 5 +4 +7 + 5 = 96%

SIKAP

19 + 9 + 11 + 1 + 16 + 4 + 9 + 18 + 9= 96%

Dalam Bahasa Inggeris;

A-T-T-I-T-U-D-E

1+20+20+9+20+21+4+5 = 100%

Sikap diri atau attitude adalah yang perkara utama untuk mencapai 100% dalam hidup kita. Jika kita bekerja keras sekalipun tetapi jika tiada attitude yang positif dalam diri kita, kita masih belum dapat mencapai 100% lagi.

Tapi

LOVE OF GOD

12 +15 +22 +5 +15 + 6 +7 +15 +4 = 101%

atau

SAYANG ALLAH

19 + 1 + 25 + 1 + 14 + 7 + 1 + 12 + 12 + 1 + 8 = 101% =))

Thursday, December 22, 2011

Bercinta Bukan Bercouple

Bercinta Bukan Bercouple
Bismillahirrahmanirrahim.....
Cinta adalah fitrah manusia. Kata orang cinta datang tanpa dipaksa. Ia juga pergi tanpa dipinta. Jika benar begitu, bagaimana kita dapat mengawal cinta yang hadir dalam diri? Sebelum ini saya pernah menulis tentang apakah itu cinta. Ia adalah amanah dari Allah. Penjelasan yang panjang lebar boleh di baca di sini.
Ramai manusia percaya bahawa cinta itu adalah sebuah anugerah dan fitrah. Namun tidak ramai yang sanggup menerima bahawa cinta itu adalah amanah dari Allah. Allah sematkan dalam hati kita untuk mencintai seseorang. Dalam masa yang sama juga Allah telah menggariskan peraturan-peraturan yang sesuai dengan kehidupan kita sebagai hamba. Cinta yang direstui adalah melalui perkahwinan. Cinta yang tidak mengikut garis panduan Islam ialah dengan bercouple.

Cinta itu ialah rasa yang istimewa dalam hati. Bercouple pula ialah perbuatan menzahirkan kasih sayang antara wanita dengan lelaki yang bukan mahram dengan bermesej, berdua-duaan, berkasih sayang dan seumpamanya. Jika itu berlaku, ia bukan lagi cinta sejati, tetapi cinta yang telah dikotori hawa nafsu.

Apabila kita mencintai seseorang, kita tidak akan tergamak membawa dirinya ke kancah maksiat. Tidak sanggup membuatkan dirinya bergelumang dengan dosa. Sebagai seorang muslim, cinta kita tidak sama dengan cinta seorang non-muslim. Cinta kita di batasi syarak. Cinta mereka tiada batasan melainkan meluahkannya semata-mata. Oleh itu cinta kita perlukan pengorbanan, bukan sekadar merasai nikmat bercinta.

Apabila kita menyukai seseorang, kita dibenarkan untuk mengenalinya dengan ta’aruf. Samada lelaki atau perempuan, masing-masing boleh berkenalan. Boleh sms jika perlu untuk mengenali hati dan budi bicara masing-masing. Namun bukan bercouple. Selepas kita saling menyukai antara satu sama lain, teruskan ikatan dengan bertunang. Bertunang itu ringkas. Cukup sekadar lelaki bertanya dan wanita bersetuju untuk dijadikan sebagai isteri. Maka sahlah wanita dan lelaki itu sebagai pasangan tunang. Tidak perlu persetujuan ibu bapa, tidak perlu rombongan dan sebarang hantaran. Itu semua sekadar adat Melayu.

Bertunang itu penting kerana dalam tempoh itu, tiada lelaki lain boleh mengganggu atau merisik untuk mengenali pasangan kita. Dalam Islam memikat atau melamar tunang orang hukumnya adalah haram. Andainya semua umat Islam faham akan hal ini, maka tidak akan berlaku istilah rampas kekasih orang.
Jaga batasan-batasan pergaulan ketika bertunang. Jika mahu keluar bersama, bawa sekali seorang mahram seperti adik atau abang kepada perempuan itu. Membawa budak kecil bersama tidak dikira sebagai membawa mahram. Mahram yang dimaksudkan ialah seorang yang waras, boleh mengenalpasti hukum halal haram dan mempunyai kekuatan untuk menegur.

Setelah melalui tempoh bertunang, tentukan samada kita dengan si dia sesuai bersama atau tidak. Jika sesuai teruskan kepada perkahwinan. Jika tidak putuskan tali pertunangan itu dengan baik. Tiada istilah malu apabila berputus tunang. Islam sudah menganjurkan kepada kita bahawa semasa bertunang, usah dikhabarkan hal pertunangan kita itu pada orang ramai. Bertunang itu lebih baik dibuat secara diam-diam. Bukan dengan rombongan cik kiah yang masyarakat Melayu amalkan sekarang.
Sabda Nabi s.a.w: “Rahsiakan pertunangan dan iklankan (maklumkan) tentang perkahwinan” (Hadith riwayat Ahmad dari Abdullah bin Zubair Radhiyallahu ‘anhu, dan disahihkan oleh al-Albani di dalam Irwa’ al-Ghalil)
Bertunang itu adalah ikatan pengenalan, bukan kepastian. Hubungannya boleh diteruskan dan boleh juga diputuskan. Jika ramai yang mengetahui dan ikatan itu putus maka akan membawa malu besar kepada diri sendiri dan keluarga. Jika tiada orang tahu maka perkara seumpama itu tidak akan berlaku. Aturan Islam itu sangat mudah dan indah. Cuma kita sahaja yang kurang memahaminya.

Penerangan di atas berlaku jika kedua-dua pihak bersetuju untuk bertunang. Bagaimanapun jika salah seorang tidak bersetuju, kita dibenarkan untuk terus berusaha memikat hatinya tetapi jangan melampau. Cukuplah sekadar 2-3 kali percubaan bertanya samada tanya sendiri kepadanya atau kepada orang tuanya, atau meminta bantuan orang ketiga untuk berbuat demikian. Jika berterusan ditolak, maka abaikanlah saja si dia. Itulah perngorbanan kita dalam bercinta.
 
Andai benar kita mencintainya, cukuplah sekadar melihat si dia bahagia dari terseksa mengikut kehendak hati kita. Mencintai seseorang tidak bermakna kita turut akan dicintainya. Mencintainya juga tidak menjamin bahawa kita akan memilikinya. Bahkan ramai pasangan suami isteri yang telah berkahwin atas dasar saling mencintai juga tidak dapat mengekalkan perkahwinan mereka sehingga akhir hayat kerana tiada kesefahaman. Perkahwinan mereka diakhiri dengan perceraian.

Oleh itu usahlah bersedih dan bermuram durja terlalu lama setelah cinta ditolak. Mulakanlah langkah untuk mencari cinta dengan insan lain. Pencarian itu biarlah kerana kita ingin berkahwin dengannya. Bukan sekadar bercouple dan berkasih-kasih semata-mata. Maksud ingin berkahwin yang saya nyatakan ini adalah seperti proses yang dinyatakan di atas. Taaruf, bertunang dan teruskan kepada perkahwinan. Jika belum bersedia untuk berkahwin, maka usahlah melibatkan diri dalam hal-hal percintaan seperti bercouple. Kerana ia hanya akan mengundang dosa dari menghampiri pahala.
Bercinta bukan bercouple…

Penulis: Wan Muhd Ali


Sebarang artikel & penulisan dalam blog ini dihasilkan oleh Wan Muhd Ali & ada sebahagiannya dipetik dari sumber lain (jika dinyatakan). Semoga kita semua mendapat manfaat yang baik dari apa yang telah dikongsikan di atas. InsyaAllah...

Wednesday, December 21, 2011

Keinsafan Diri Fursan

SAAT LAFAZ SAKINAH

Heningnya
Sunyi suasana
Lafaz sakinah bermula
Apa rasa
Diterjemah hanya
Sebak abah tangis ibunda
Adalah aku wali puteriku
Serah kini amanahku ini padamu
Nafkahilah dia curah kasih dan cinta
Lebih dari yang ku berikan kepadanya
Dulu esakannya sandar di bahuku
Tangisannya kini ku serah padamu
Bukan bermakna dia bukan milikku
Fitrahnya perlukanmu
Jadikanlah dia wanita syurga
Mengerti benar akan maharnya
Taat itu bukan hanya pada nama
Indah ia pada maksudnya
Ku akur
Akan pesanmu
Puterimu kini amanahku
Iringilah
Dengan doamu
Bahagia kami dari redhamu

MUSIM BUAH-BUAHAN

Hari ini sangat seronok, kerana rakan-rakan sekelas dengan aku datang ke rumah. Agenda makan semua buah-buahan yang aku bawa pulang dari kampung. Macam-macam ada, buah durian, rambutan, manggis, langsat, duku dan lain-lain. Aku selalu ingat pesan "Wan No" aku, rezeki mesti dikongsi bersama. Bila kawan-kawan datang dan makan dengan penuh rakusnya, hati aku berasa sangat seronok. Namun terselit sedikit perasaan sebak dan sedih. Selepas ni tak tahu la bila pulak dapat makan bersama-sama dengan kawan sepejuangan ni. Sem ni last aku sebagai mahasiswa IPTA. Sesungguhnya aku rasa macam tak percaya dah nak habis belajar. Rasa rindu pada kawan-kawan sangat sudah dirasai. Namun lumrah kehidupan setiap pertemuan pasti akan ada perpisahan.

Tuesday, December 13, 2011

Kita Diuji Dengan Pilihan


 
 
Firman Allah Subhanahu wa Ta'aala:
Demi diri manusia dan yang menyempurnakan kejadiannya (dengan kelengkapan Yang sesuai Dengan keadaannya). Serta mengilhamkannya (untuk mengenal) jalan yang membawanya kepada kejahatan, dan yang membawanya kepada bertaqwa; Sesungguhnya berjayalah orang yang menjadikan dirinya bersih (dengan iman dan amal kebajikan), dan sesungguhnya hampalah orang yang menjadikan dirinya itu susut dan terbenam kebersihannya (dengan sebab kekotoran maksiat) [Al-Shams 91: 7-10]

Setiap hari kita membuat keputusan. Semasa mendengar azan subuh, kita membuat pilihan pertama sama ada mahu bangun atau tidur kembali. Memilih baju, memilih kasut, memilih sarapan, dan memilih jalan. Pilihan-pilihan itulah tempat Allah menilai kita. Pilihan yang baik mengundang kebaikan. Pilihan yang jahat mengundang sesal lagi mudarat.

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,

Bagaimanakah pilihan-pilihan kita setakat ini?

Pilihan semasa hidup susah.

Pilihan semasa hidup senang.

Semasa susah kita tiada banyak pilihan.

Semasa senang, kita diuji dengan banyaknya pilihan. Antara Halal dan Haram, antara Kufur dan Iman.

Merujuk kepada kisah Nabi Allah Yusuf alayhi al-Salaam, baginda berada di dalam ujian yang berat semasa terkurung dalam buangan di lubang telaga akibat konspirasi adik beradiknya. Bayangkan, seorang budak, terpisah daripada ibu bapanya, terbuang ke telaga buta, siang dan malam dalam kegelapan dan sendirian, apakah ada yang lebih teruk untuk dialami oleh seorang budak seperti Yusuf?

Tetapi semasa di dalam telaga, Yusuf tiada banyak pilihan. Bersabar adalah satu-satunya cara untuk baginda bertahan. Baginda terpaksa bertahan. Terpaksa bersabar. Itu sahaja pilihan yang ada.

Akan tetapi, ujian yang menjadikan Yusuf seorang insan pilihan Allah yang begitu hebat adalah semasa baginda di istana Mesir.

Di dalam telaga, Yusuf diuji.

Di dalam istana, Yusuf masih juga diuji.

Hidup adalah ujian.
Firman Allah:

"Dan perempuan yang Yusuf tinggal di rumahnya, bersungguh-sungguh memujuk Yusuf berkehendakkan dirinya; dan perempuan itu pun menutup pintu-pintu serta berkata: "Marilah ke mari, aku bersedia untukmu". Yusuf menjawab: "aku berlindung kepada Allah (dari perbuatan yang keji itu); Sesungguhnya Tuhanku telah memuliharaku dengan sebaik-baiknya; sesungguhnya orang-orang yang zalim tidak akan berjaya" [Yusuf 12: 23]

Benar!

Itulah saat paling genting buat Yusuf.

Diuji dengan pilihan.

Wanita bangsawan yang selama ini menjadi ibu angkatnya, menyerahkan diri untuk dijamah dengan zina. Sedangkan Yusuf ada banyak peluang. Beliau adalah anak asing di bumi Mesir. Tiada ibu bapa, tiada adik beradik dan saudara mara, tiada muka yang bakal diconteng arang!

Saat itu, Yusuf diuji, menerima zina yang enak untuk sebuah kecenderungan nafsu, atau menolaknya dengan kuasa Iman.

"Datanglah kepadaku" kata wanita yang digelar Zulaikha itu.

"Aku berlindung dengan Allah!" itulah jawapan Yusuf.

Engkau selama ini adalah ibu angkatku, engkau memberiku bumbung untuk berteduh, engkau memberiku lantai tempat bersantai, engkau memberiku makan dan minum, engkau tuanku tetapi ALLAH adalah TUHANKU!

Sesungguhnya Dia telah melindungiku selama ini, dan tidak akan berjaya orang-orang yang zalim!

Itulah penegasan Yusuf. Baginda berjaya dalam ujian pilihannya. Memilih untuk menolak zina, semata-mata kerana IMAN.

Sidang Jumaat sekalian,

Ramai di kalangan kita yang bertahan dalam ujian kesusahan.

Tetapi bagaimana dengan ujian kesenangan?

Hari ini, anak-anak muda di Universiti boleh mendapat wang secara mudah melalui pilihan zina. Menyerah diri menjadi pelayan seks kepada manusia-manusia keji yang berwang, membolehkan mereka mengatasi masalah kekurangan wang pinjaman, memakai telefon bimbit mewah, menukar motorsikal kepada kereta dan memakai pakaian berjenama, hanya dengan berkata YA kepada peluang yang terbentang di depan mata. Buat kerja paling sedap, dapat hasil paling mantap!
Daripada Ibn Masoud radhiyallahu 'anhu beliau berkata: Rasulullah sallallaahu 'alayhi wa sallam telah bersabda: Sesungguhnya di antara perkara yang diketahui oleh sekalian manusia daripada kalam nukilan Kenabian ialah: Jika kamu sudah tiada rasa malu, maka buat sahajalah apa yang kamu suka! [Hadith riwayat al-Bukhari]

Malu yang datang dari Iman.

Namun, apakah caranya untuk anak-anak muda kita memiliki keyakinan seperti Yusuf? Keyakinan bahawa Allah tidak akan sekali-kali memberi kejayaan hidup kepada manusia yang zalim. Keyakinan untuk berkata TIDAK kepada ZINA!

Jauh dari keluarga, seperti jauhnya Yusuf dari bumi Palestin, bagaimanakah anak perantau di Menara Gading boleh menolak zina yang pada hari ini, zina itu lebih mudah berbanding jalan yang halal?

Tiadalah jawapan lain, kecuali kembali kepada IMAN.

Iman yang membimbing kita membuat pilihan dalam kehidupan.

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,

Sesungguhnya itulah hikmah mengapa kita diberi peringatan tentang TAQWA, saban minggu di Mimbar Jumaat ini.

TAQWA seperti yang dijelaskan dalam perbualan Ubai bin Kaab bersama Umar al-Khattab radhiyallahu 'anhuma.
Umar al-Khattab telah bertanya kepada Ubai bin Kaab radhiyallahu 'anhuma tentang TAQWA. Lalu Ubai menjawab dengan menyoal: Apakah engkau pernah menempuh jalan yang banyak duri? Umar menjawab: Sudah tentu. Lalu Ubai bertanya lagi: Justeru apakah yang engkau lakukan? Umar membalas: Aku akan melangkah dengan teliti dan berhati-hati. Kata Ubai: Maka demikian itulah maksud TAQWA.

Sesungguhnya hidup kita ini adalah sebuah perjalanan. Di kiri dan kanannya ada banyak duri, banyak cabaran. Ada duri yang mengundang luka, yang berkehendakkan kita supaya berada di tahap sedar yang tinggi, serta sentiasa mampu mengawal diri.

Sedarlah!

Kawallah!

Hidup ini menuntut kita membuat pilihan.

Pilihlah jalan yang memberi bahagia Dunia dan Akhirat.

Jauhilah pilihan yang buta, mencari sedap yang seketika, tetapi derita selama-lamanya.

Jangan banyak memberi alasan.

Semakin banyak memberi alasan, semakin hilanglah daripada hidupmu, rahmat dan bantuan Tuhan.