Saturday, September 4, 2010

Nikmat Sakit

Pada suatu hari, Ibnu Masud menziarahi Nabi Muhammad SAW yang mengalami demam panas. Beliau datang dan duduk di sisi Nabi Muhammad SAW. "Tuan, badan tuan panas," kata Masud sambil memegang tangan Nabi Muhammad SAW.
"Ya, saya menderita panas ini dua kali ganda lebih panas daripada kepanasan yang dialami oleh orang biasa," kata Nabi Muhammad SAW sambil menahan sakit. sebagai Utusan Allah, sememangnya beliau mendapat ujian hidup lebih daripada manusia lainnya demi menguji kekuatannya.
"Ya, tuan juga mendapat hikmah nikmat pahala dua kali ganda daripada orang biasa pula", sahut Ibnu Masud mula mengerti maksud Nabi Muhammad SAW tadi.
"Ya, begitulah," jawab Nabi Muhammad SAW.
"Setiap orang sakit atau pun ditimpa kesusahan walaupun sebesar duri, Allah menggugurkan dosa-dosa kesalahannya seperti gugurnya dedaunan dari pohon.." kata Nabi Muhammad SAW.

Friday, September 3, 2010

why we must have "MOTIVASI"



Walau apa-apa pun motivasi paling terbaik dalam hidup kita adalah "DIRI SENDIRI".
Andai berpeluh-peluh Dato' Fadzilah Kamsah berleter tentang Motivasi, tetapi dalam diri tidak ada kesedaran dan motivasi tidak akan jadi apa-apa jugak.. Jadi wujudkanlah motivasi dalam "DIRI SENDIRI" terlebih dahulu... Aja-aja Fighting!!

Mutiara Kata Untuk Anda

“Create your future from your future, not your past.” ~Werner Erhard

“Cipta masa depan anda daripada masa depan, bukan daripada masa silam”.

Apa pendapat anda mengenai mutiara kata ini? Apabila anda mahu mencapai sesuatu dalam hidup anda, adakah anda membuatnya berdasarkan kejayaan dan kegagalan di masa lepas atau berdasarkan sesuatu yang anda ingin capai di masa hadapan?

Mesej utama mutiara kata ini ialah masa lepas anda bukanlah kayu pengukur tahap kejayaan yang bakal anda kecapi di suatu masa akan datang. Jika semua ahli keluarga anda tidak berpendidikan tinggi, ia tidak bermakna anda akan ikuti jejak langkah yang sama. Jika kebanyakan ahli keluarga anda dan saudara mara anda bersifat panas baran dan mudah hilang sabar, ia tidak bermakna anda juga begitu.

Masa lepas atau silam adalah sesuatu yang sudah berlalu. Jika anda mahu berjaya di masa akan datang, fikirkan dengan sejelas-jelasnya apa yang anda mahu capai itu dan mulakan cara hidup seolah-olah anda sudah mencapai apa yang anda idamkan itu tadi.

Thursday, September 2, 2010

Marilah Berdoa

Doa aGAR Dipermudahkan Urusan

by Ustaz Zahazan Mohamed on Thursday, September 2, 2010 at 12:18pm

Apabila menghadapi sebarang masalah , mohonlah pada Allah swt. keringanan dengan membaca doa berikut :

اللَّهُمَّ لا سَهلَ إِلاَّ مَا جَعَلْتَهُ سَهْلاً ، وَ أَنْتَ تَجْعَلُ الْحُزْنَ إِذَا شِئْتَ سَهْلاً

Maksudnya : “ Wahai Tuhanku , tiada kemudahan melainkan apa yang Engkau jadikanmudah dan perkara yang susah boleh Engkau jadikan mudah , apabila Engkau mengkehendakinya” .[1]

Bila Tiba Hari Raya

hohoho.....balik kampung....hati girang....

walau apa-apa pun ingatlah org yang tersayang.....

Suasana hari raya semakin terasa.... ramai manusia telah berpusu-pusu untuk balik kampung...saya masih di sini... menghabiskan masa dengan sebahagian kecil kuliah yang tinggal dan menyiapkan beberapa tugasan.. dengan harapan dapatlah cuti raya dengan tenang sekali pada tahun ini .. huuhuhu...... walau apa2 pun di kesempatan ini saya nak mengambil kesempatan menyusun sepuluh jari ingin memohon maaf kepada semua yang mengenali diri ini dgn Ucapan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR & BATIN... balik kampung dengan selamat.. kirim salam pada semua ahli keluarga.. jgn lupa bawak balik kuih/biskut raya....