Friday, August 27, 2010

CiNTa IBaRaT PeLaNgi


Cinta padaMu Ya Rabbi bagaikan pelangi,
Indah dengan warnanya,

Diri ini hanya mengharap agar terik hingga ke petang,
Tapi kadangkala gerimis hadir ditengahari,

Biarpun demikian pelangi tidak pernah alpa menjelma
setiap kali gerimis mengundang,

Begitulah cinta agungku padaMu,
Biarpun pelbagai onar dan liku yang kutempuhi,
Cinta agungku tetap ada untukMu Ya Rabbi
hingga ke penghujung hayatku,

Kerana dengan kasih cinta yang mekar
mewangi di lubuk hati,
Akan membuahkan kasih suci cinta yang abadi dalam
menghadapi liku2 kehidupan dialam fana ini,

Demi menjadi insan yang taat dan patuh
pada segala perintahMu,
Dalam menegakkan panji-panji Islam,
di alam yang sementara ini.

No comments: