Thursday, November 25, 2010

TERIMA KASIH.. DTG LAGI KER UPSI

Di kesempatan yang ada saya nak ucapkan terima kasih kepada adik-adik dari SMK Bukit Sawa, Marang Terengganu kerana sudi memilih UPSI sebagai destinasi untuk mereka berkursus. Mereka telah berkampung sehari di UPSI untuk Kursus PRS dan Kenali Malaysia. Guru-guru dan adik-adik ni telah memberikan kerjasama yang sangat baik dalam menjayakan program ini.Walaupun seketika bersama kenangan bersama adik-adik PRS takkan dilupai insyaAllah. Jadilah pemimpin dan PRS yang terbaik. Berpegang pada mota "Membina Diri Sendiri Untuk Membantu Orang Lain" dan perlu diingat adik-adik kita semua adalah khalifah Allah di muka bumi Allah ini. Tolong menolong pada perkara kebaikan dan janganlah kamu tolong menolong pada keburukan. Akhir sekali, salam ukhwah fillah abadan abada.

No comments: